28 January 2018

KETAHUI BETAPA LUASNYA NERAKA JAHANAM ITU





Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu 
yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW:
 ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’



Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh 
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg 
mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, 
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’



Lalu Nabi SAW bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.’



Jawabnya: ‘Ya… Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
 seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
 kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar 
lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.



Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka 
itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.



Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan 
dari rantai yang disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan 
cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.



Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
 hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung 
timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya 
besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.



Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari 
orang laki-laki dan perempuan.’



Nabi SAW bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’



Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, 
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari 
yang lain 70 kali ganda.’ (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)



Tanya Rasulullah SAW: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’



Jawab Jibril:
‘Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir 
setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir’aun namanya Al-Hawiyah.



Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,



Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernama Saqar.



Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi 
bernama Ladha,



Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.



Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa’eir.’



Kemudian Jibril diam sejenak… Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 
‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’



Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang 
sampai mati belum sempat bertaubat.’



Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril
 meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah
 sadar Nabi SAW bersabda: ‘Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
 apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’



Jawabnya: ‘Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.’



Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk 
ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali 
dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah



Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan 
dengan panasnya terik matahari-Ku.



Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Al-Qur’an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :



“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan 
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada 
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”



wallahualam




Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : )




sumber : SehinggitMedia

30 December 2017

KISAH SEORANG KANAK-KANAK DIBUTAKAN OLEH TENTERA ZIONIS




Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun bernama Muhamad Badran sedang 
menanti masa untuk memeluk ibu bapanya dan bermain bersama enam saudara
 lelakinya selama tiga hari cuti Ramadhan lalu.


Walaupun serangan penjajah zionis 'Israel' telah menghancurkan harapan yang 
ada di Gaza, Muhamad tidak memadamkan harapannya untuk berbahagia di hari 
mulia bulan syawal.


Tetapi sehari selepas itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya
 di Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, "Semua mimpiku hancur selepas tembakan dua 
kereta kebal zionis 'Israel' menggelapkan hidupku dan mencederakan semua saudaraku."


Selepas solat Subuh di Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur
 di rumah mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan
 untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur, menantikan ibunya untuk 
membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya.


Tanpa belas kasihan, dua kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan
 bilik tidurnya lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain.


"Mereka sedang tidur bagaikan malaikat," ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO.
 "Ayah mereka sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara
 dan ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital. "


Seluruh baju Muhamad telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah
 hancur berkecai. Dia tidak dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan dapat
 melihat lagi mimpi-mimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati warna-warni 
mainan atau baju raya.


Muhamad dan salah satu saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan 
penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada sedikit kesempatan 
ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang didonorkan dari orang lain atau mata buatan.


Selepas lima saudaranya meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi
 untuk tinggal bersama Muhamad atau bersama saudara-saudaranya di tempat yang berbeza
 di hospital.


Di hari ke-34 perang Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1900 rakyat Palestin 
dan dianggarkan 9000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka berdasarkan statistik
 dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di antara yang meninggal ada 400 
orang adalah kanak-kanak.


Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negera.



Ramai doktor dan penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap 
suatu hari nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika harapan
 itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah Muhamad ketika dia sedang
 menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah
 roket F16 milik zionis yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat.


Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera. 
Nidal Badran iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal 
dunia. Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya.


*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com





KISAH PAKCIK



Kisah ini adalah merupakan kisah yang boleh diambil sebagai pengajaran bagi kita apabila kita terjumpa dengan orang-orang yang kusut rupa luarannya. Tidak semestinya dia berpakaian kusut, berbau busuk dia seorang yang gila atau perminta sedekah yang ingin menipu orang awam.. Baca kisah pengajaran dibawah supaya boleh menjadi iktibar kepada kita.

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. 

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi. 

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu. 

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu. 

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah... 

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2. 

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu. 

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. 


Sumber daripada Warta Dari Hati dan Greenboc.blogpsot.com

12 December 2015

KESUDAHAN CERITA DORAEMON

Assalamualaikum.
Salam seantero dunia buat peminat-peminat siri Ang. Ang. Ang. 
Semoga kita semua sejahtera belaka.
Sesiapa yang masuk page ini kerana terbaca tajuk entri aku simpulkan sebagai peminat Doraemonlah, benar? Pernahkah anda terfikir kesudahan cerita Doraemon? 
aku sampai sekarang tak habis fikir hingga menyebabkan aku 
trgologan orang yang ingin tau apa kesudahan cerita doraemon ni..


The truth is...
Doraemon tiada penamatnya kerana pengasas Doraemon iaitu Fujio F. Fujiko meninggal dunia pada tahun 1996. Tetapi,  ada tiga penamat yang telah diperdebatkan oleh para peminat Doraemon (yang dihasilkan oleh peminat Doraemon sendiri).

Baiklah. 
Mari kita kaji sebentar.
1. Siapa di sini  pernah buat-buat lalu lalang depan tv sambil korek gigi waktu anak buah tengah fokus tengok cerita Doraemon sila angkat tangan!
2. Siapa pernah tengok ending Doraemon angkat tangan! Ader? Ader?

Penamat pertama oleh Nobuo Sato.
 
Anatomi Doraemon- pasni leh ar try cipta Doraemon

Doraemon adalah robot kucing dari abad ke-24 yang tiada telinga kerana digigit tikus dan yang  menyokongnya untuk hidup bukanlah kuih Dorayaki sebaliknya bateri yang tertanam dalam tubuhnya.

Pada suatu hari...gaya bercerita kanak-kanak
Bateri Doraemon akhirnya 'kong' dan Doraemon jadi keras beku (frozen). 

Waktu ni Nobita tengah rungsing, sian dia

Nobita ada dua pilihan untuk menghidupkan kembali Doraemon. Pilihan pertama, tukar bateri Doraemon yang akan menyebabkan semua memori Doraemon bersama Nobita kembali ke titik kosong. Pilihan kedua, tunggu technician robot yang mahir yang mampu menghidupkan kembali robot kucing tersebut satu hari nanti.

Jadi apa pilihan yang Nobita ada? Nobita kemudiannya bersumpah pada hari Doraemon telah menjadi beku tersebut untuk bekerja keras di sekolah, lulus dengan cemerlang dan menjadi technician robot yang mahir. Syahdu, Nobita akhirnya berjaya menjadi profesor robot serta sukses sebagai pengasas Al (apadia aku pon tak tahu yang ni) dan hidup bahagia selama-lamanya bersama Doraemon dan membayar hutang-hutang keturunan Doraemon iaitu penyebab utama Doraemon dihantar ke dimensi dunia manusia.

Penamat kedua

  

Rupa- rupanya Nobita menderita autisme dan semua karakter termasuklah Doraemon hanyalah khayalannya. !@#$%^&!!
Nobita hanya seorang kanak-kanak berpenyakit yang terlantar atas katil dan suka berilusi untuk mengurangkan tekanan dan kesakitannya. Reaksi peminat-peminat Doraemon, memang marah gila bila tahu ending ni. Hampeh ler. Penat je kita tengok Doraemon kan? 
Bantah ending kedua! Bantah!(sepanduk)

Penamat ketiga
Dapatkah anda terima kenyataan baca ending ketiga ini?
Nobita terjatuh dan kepalanya terhantuk di batu. Kemudian, koma pulak dan orang kata jadi human vegetable. 

Doraemon, dalam usaha untuk menyelamatkan Nobita telah menjual semuaaa peralatan dalam poketempat dimensinya itu. Cuma satu barang sahaja yang dia tak jual sebagai pilihan terakhir (tadi kata jual semua) iaitu alat yang membolehkan Nobita yang koma itu untuk pergi ke mana sahaja yang Nobita ingin pergi. 

Akhirnya, tempat yang Nobita ingin pergi adalah syurga. T_T

(selingan)
Emak   : Kenapa kau nangeh macam mati laki ni?
Aku    : Nobita ni.. dia mati srroooottt
Emak   : Tesis kau dah setat?
Aku    : ......

Mana boleh cerita yang penuh dengan semangat optimistik dan setiakawan ni berakhir begini. Tak boleh. Tak boleh.

Akhirnya, kata sepakat telah dicapai oleh peminat-peminat siri Doraemon (termasuk aku dan anda juga??) bahawa ending yang paling boleh diterima akal adalah ending yang pertama kerana ia menunjukkan nilai persahabatan antara Nobita dan Doraemon. Lihat, betapa Nobita sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan kawan baiknya :') srrooottt sroott tarik hingus
sebab itu Nobita tak pernah besar.... kerana adanya Doraemon :)

Nobita! Kawai...
watashi wa arigato te..
aishiteruuuu
Paham idak?
Tak paham tak per tak per..
sebab aku pun tak paham. Harharhar.


ending pertama : click for larger view

"Aku ingin begini
Aku ingin begitu
Impian ini impian itu
Banyak sekali impian aku
Semua impian itu
Kau jadikannya berhasil dengan poket ajaibmu
Aku ingin terbang bebas di langit " Hey, buluh terbang!" An An An
Aku suka sangat dengan kamu Doraemon
Aku sayang kamu sangat-sangat Doraemon"
KOMIK VERSI INDONESIA
nak baca klik pada gambar ok








berakhirlah kisah doraemon


suka tak cerita ending dorang..
sampai ketua lah kita nobita x pandai besar2 huhu

..okey yang mana dah baca cuba komen sikit..
:p