KENAPA AKU MESTI BERSEDIH

03 June


♥ Sometimes, loving a human only give and anguish, but loving Allah gives peace and serenity and it is for eternity..

♥ Kenapa sedih bila manusia tidak memberikan perhatian ? sedangkan allah sentiasa beri perhatian.
Astaghfirullah..


Kadang-kadang kita Sedih, kecawa, teluka tapi jauh di atas segalanya, Dia akan mengatur yang terbaik buat kita :')




Akan terbit cinta bila mata b'temu mata. akan terbit rasa sayanag bila hati b'temu hati, akan rasa kebesaranNYA bila dahi b'temu sejadah

♥ JANGAN MERELAKAN TANGISAN MU DIDENGARI OLEH OLEH INSAN YANG TIDAK PERNAH MENGHARGAI MU,

♥ JANGAN SEKALI MERELAKAN KEHIDUPAN ANDA DALAM KESEDIHAN WALAUPUN CINTA TIDAK KESAMPAIAN , IMPIAN TIDAK KESAMPAIAN

KERANA ADA KEJUTAN YANG ALLAH S.W.T SEDIAKAN BUAT KITA.. SAPA SANGKA KAN... B'GEMBIRALAH WAHAI HATI. .


______________________________________

Dah alang2 tulis entry ni nak selitkan cita layin lah supaya korang x bosan tgk entry fika ni...
___________________________________________________
Ok sapa x kenal kan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia.. sapa ke dia tu ? ha.....

memandangkan hari ni banyak menceritakan tentang  DIA di astro fika pun nak cita juga lah :)
sebab fika minat sangat2 kat dia, idola fika lah kata kan hi..hi..hi..





Ni dia Allahyarham Sudirman Hj Arshad
kenal tidak ? x kenal siap! lempang, koma seminggu

Ok  Sudirman anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London tu.  Lelaki kacak (♥ bagi fika lah) ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

 Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun ( yang ni fika suka  ♥ ), usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu tu, banyak x??

Nama :  Sudirman Hj Arshad
Lahir : Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang
Tinggi : 1.47 meter
Ibu : Puan Hajjah Romlah binti Dahalan
Ayah : Haji Arshad bin Haji Hassan
Sekolah : Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan)
- Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur)
Ijazah undang-undang (LL.B)

Pada 22 Februari 1992, fika pon x lahir lagi  (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air. ( walaupun fika x lahir lagi fika still sdih kehilangan artis yang pling berbakat dekat malaysia ni )

Mula Dikenali apabila memenangi Johan Bintang RTM peringkat akhir

Konsert di Chow Kit Road



Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma ( pemurahnya dia kan ) adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
Penghibur Terbaik Asia ( I love u sudirman )



awesome tak Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya ( hebat x hebat dia ).
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.


Pencapaian Sudirman 

Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.

  • Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
  • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
  • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
  • Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
  • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
  • Asia's Number One Performer 1989
  • Anugerah Guinness
  • Pingat Ahli Mangku Negara 1988
  • Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
  • Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
  • Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
  • Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993



Ok yang ni salah satu lagu dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang fika suke 
Allahyarham Al Sudirman Hj Arshad - Salam Terakhir



Al Fatihah to Sudirman Hj Arshad 
late may be blessed and 
stationed amongst the people-those who believe ..Undo edits

p/s : ok ni je entry fika untuk petang ni.. selamat membaca allz Assalamualaikum...... 

You Might Also Like

1 komen budak comel

Like us on Facebook