MENYEMAI RASA CINTA TIKA BERJAUHAN BERSAMA PASANGAN
20 November
Situasi dihari ini terkadang pasangan yang tinggal berjauh
mungkin kerana tugasan atau sebagainya
Hubungan terkadang penuh dengan kesangsian dan teka teki.
Sebaiknya situasi ini jangan difikirkan sangat.
Ingat perkara positif dan berusaha untuk menambah
rasa kepercayaan pada diri masing-masing,
baru hubungan kita akan bahagia.
Beberapa tips dibawah ini mungkin dapat membantu
untuk terus mengeratkan rasa kasih sayang kita diantara kedua belah pihak jom kita tengok.
Long Distance Relationship memang selalu penuh cabaran.
Tapi, anda tetap boleh menjaga rasa cinta dan kemesraan
1. Belajar mempercayai pasangan. Jika setiap saat kita selalu mengingatkan si dia agar tak curang, ini justeru akan membuatnya tertarik untuk curang.
2. Buat rancangan masa depan, pada bila-bila kita dan si dia akan bersama. Ini akan membuat hati kita merasa tenang dan optimis untuk mempertahankan hubungan.
3. Gambar adalah penawar rindu terbaik. Buatlah gambar terbaru kita atau berkreasilah dengan gambar berdua, kemudia kirim kepadanya sebagai ubat rindu.
4. Menulislah di blog agar si dia dapat membacanya. Layaknya sebuah jurnal, kita boleh menulis pelbagai hal di blog, mulai dari perasaan, apa yang kita fikirkan, sehingga pelbagai aktiviti.
5. Kirimkan sebuah T-shirt untuk si dia yang telah dilepaskan wangi minyak wangi kita. Percaya deh si dia akan sekerap mungkin mengenakan T-shirt dari kita dan wangi wangian akan mengingatkannya pada kita.
6. rancang waktu untuk melakukan sesuatu bersama. Misalnya, makan malam atau berdoa bersama. Mengetahui kita dan dia melakukan sesuatu perkara bersama-sama akan semakin menguatkan hubungan cinta kita.
7. Berbual via webcam. Berkomunikasi dengan menatap langsung si dia tentu jauh lebih baik berbanding dengan hanya mendengar suaranya di telefon atau menghantar msg dan sebagainya
8. Tuliskan mesej bersemangat di wall Facebooknya, contohnya "I love you and miss you. Hope you have a great day." Meskipun ringkas, ini akan bererti baginya, apatah lagi jika ia sedang menghadapi hari yang sukar.
9. Rencanakan lawatan. konsep lawatan kejutan memang menyenangkan, tapi pada kenyataannya tak semudah itu. Boleh jadi apabila kita tiba di tempatnya, si dia justeru sedang sibuk bekerja dan tak boleh menemani anda.
10. Tentukan sebuah bandar atau negara yang tak begitu jauh dari tempat kita atau pun tempatnya. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, ini boleh menjadi percutian singkat yang menyenangkan bagi anda berdua.
11. Buat scrap book dan kirmkan padanya. Melihat gambar dan cerita cinta kita dan dia berdua dalam rangkaian scrap book akan membuat si dia teringat masa-masa indahnya dengan kita.
12. Berdamai dengan kesendirian. Habiskan masa untuk berkumpul bersama rakan-rakan atau buat kesibukan dengan hobi. Hidup berasingan dengan pasangan memang sukar, tetapi juga boleh memberi ruang untuk membangunkan diri secara peribadi dan tetap dalam sebuah hubungan.
13. Serahkan semuanya kepada yang di atas ketentuanNYA, jodoh, rezeki ajal maut sudah ditetapkan oleh-NYA, tapi jangan berpasrah diri bulat-bulat perlu juga berdoa dan berusaha. Segala usaha harus diiringi doa agar harapan dan cita2 anda akan terkabul. Sumber asal : iniunic.blogspot.com - Olahan Semula drp. cikfikapunya.blogspot.com
0 komen budak comel