KISAH SEORANG KANAK-KANAK DIBUTAKAN OLEH TENTERA ZIONIS
30 December
menanti masa untuk memeluk ibu bapanya dan bermain bersama enam saudara
lelakinya selama tiga hari cuti Ramadhan lalu.
Walaupun serangan penjajah zionis 'Israel' telah menghancurkan harapan yang
ada di Gaza, Muhamad tidak memadamkan harapannya untuk berbahagia di hari
mulia bulan syawal.
Tetapi sehari selepas itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya
di Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, "Semua mimpiku hancur selepas tembakan dua
kereta kebal zionis 'Israel' menggelapkan hidupku dan mencederakan semua saudaraku."
Selepas solat Subuh di Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur
di rumah mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan
untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur, menantikan ibunya untuk
membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya.
Tanpa belas kasihan, dua kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan
bilik tidurnya lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain.
"Mereka sedang tidur bagaikan malaikat," ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO.
"Ayah mereka sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara
dan ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital. "
Seluruh baju Muhamad telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah
hancur berkecai. Dia tidak dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan dapat
melihat lagi mimpi-mimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati warna-warni
mainan atau baju raya.
Muhamad dan salah satu saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan
penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada sedikit kesempatan
ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang didonorkan dari orang lain atau mata buatan.
Selepas lima saudaranya meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi
untuk tinggal bersama Muhamad atau bersama saudara-saudaranya di tempat yang berbeza
di hospital.
Di hari ke-34 perang Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1900 rakyat Palestin
dan dianggarkan 9000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka berdasarkan statistik
dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di antara yang meninggal ada 400
orang adalah kanak-kanak.
Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negera.
Ramai doktor dan penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap
suatu hari nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika harapan
itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah Muhamad ketika dia sedang
menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah
roket F16 milik zionis yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat.
Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera.
Nidal Badran iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal
dunia. Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2014/08/kisah-seorang-kanak-kanak-dibutakan.html#ixzz3CDeasWDO
Follow us: SehinggitMedia on Facebook
0 komen budak comel