DAGING TUMBUK SEDAP


RESEPI DAGING TUMBUK SEDAP DAN MUDAH.
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 kg daging.
1 inci halia (hiris)
Kicap.

Bahan kisar:


1 biji bawang besar.

2 ulas bawang putih.
1/2 inci halia
1 tbs cili kisar.

Bahan C:

1 batang serai.
1 keping asam keping (saiz kecil).
2-3 helai daun limau purut.
1 1/2 tbs Gula.
Garam (jika perlu).

Bahan-bahan nampak sikit je kan. Jadi di mana cabaran membuat menu ini. Hihi.

Jom tengok cara-caranya pula.



Cara-cara:

1) Rebus daging bersama halia (dihiris) hingga agak-agak hilang semua darah. Anggaran setengah jam.

2) Kemudian sejukkan sebentar sebelum dipotong.
3) Potong daging tipis. Macam kita nak buat daging kicap tu.
4) Tumbuk daging yang telah dipotong tadi. Agak-agak separuh kenyal dan hancur.
5) Daging yang telah ditumbuk, gaulkan dengan kicap. Anggaran kicap adalah sehingga ia mampu menyerap elok daging. Tidak perlu sampai berkuah.
6) Setelah itu, panaskan minyak dan goreng seketika daging. Jangan sampai kering. Teksturnya separuh lembut, separuh pejal. Kuantiti minyak seperti menggoreng ayam.
7) Angkat daging dan ketepikan.
8) Kurangkan minyak bekas gorengan daging tadi, dan tumis bahan-bahan kisar di atas dan serai. Kemudian masukkan gula. Goreng sehingga pecah minyak.
9) Tambahkan sedikit air dan tunggu sehingga mendidih.
10) Masukkan asam keping dan daging tadi. Kacau rata.
11) Masukkan daun limau purut.
12) Akhir sekali perasakan dengan garam jika perlu. 

Biasanya sis hanya tambah secubit saja garam sebagai syarat sebab kicap sudah cukup masin.


Boleh lihat cara-cara bergambar di bawah.

Gambar daging direbus je sis tak sempat nak snap. Harap korang tak sesat jalan ye. Hihi.



Tumbuk daging sehingga dapat bentuk begini.




Letak kicap agak-agak boleh menyaluti daging. Tak perlu sampai banjir.

Gaulkan sekata seperti ini.


Goreng seketika daging tadi. Tidak perlu lama. Agak sedikit keras saja.

Gunakan minyak gorengan tadi (kurangkan sedikit) untuk menumis bahan-bahan kisar dan serai.

Masukkan gula.


Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air dan tunggu sehinga mendidih.

Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama asam keping. Gaul rata dan masukkan daun limau purut pula. Gaul sebati. Perasakan garam jika perlu.


Daging tumbuk siappp. Sedia untuk dimakan.



Bagaimana rasanya?

Ada pedas, manis, masin dan sedikit saja masam. Well balance kata orang.

Tapi sis nak pesan, kalau nak makan sekeluarga, 7-8 orang dewasa, eloklah korang masak 2 kg terus. Takut kang menyesal pulak masak sikit-sikit ni. Tau-tau dah habis. Hehe. Jangan lupa ajak abang sado minta tumbukkan daging tu. Barulah merasa air tangan bersama. Kan lagi meriah tu.


Selamat mencuba!
😉

SUMBER ASAL 

LINJAMAL


Like us on Facebook