FYNN JAMAL & BAKTI ARJUNA FITRI

15 September



Fynn Jamal ? Bakti Arjuna Fitri?? sapa tu? Bangsawankah dia? 
Anak siapa dia? Siapa keluarganya?  Personaliti tv channel baru ke ? 
Artis baru ke? Ohh sila google sendiri..

 Aku mungkin antara insan yang terlewat ambil tahu tentang 
kisah hidup Fynn Jamal &  Bakti Arjuna Fitri 
kesiannya lahh tapi tidak menjadi masala kan kalau 
aku nak cerita balik siapa mereka...
 kenapa pulak nak cerita pasal dorang ? 
menarik sangat ke cerita dorang ni..?
 YESS sgt menarik 

ooo yahh sapa kenal Fynn jamal plz angkat kening sikit nak tgkooo 
ramai juga yang tau kan sapa tak kenal penyanyi asal lagu 150 juta tu.
Haa taukan lagu tu? Yes, Fynn Jamal lah pemilik asal lagu tu.
elehh korang tu anguk2 tau ke tidak huhuhu >,<

okey lahh 1st sebb apa aku tiba2 nak cerita pasal 
Fynn Jamal dan Bakti Arjuna Fitri ni sebab hari tu 
ada anak buah aku cukur jambul belatarkan 
lagu "ARJUNA BETA" (.anak buah angkat.) 
aku tersentuh dgn lagu tu best pulak aku dengar aku down lagu nya,
 tapi aku trlupa nak dgar balik dah lama dahh.
tiba2 malam semalam aku dengar balik lagu tu dinyanyi kan 
oleh adik angkat aku dinie 
(.dia mmg suka nnyi hihih tapi kadang2 aku paksa dye nnyi.)
aku tanya dye tu lagu apa macam
 pernah dgar dye cakap "Arjuna Beta" TING!
aku pernah dgar lagu tu terus pi stor Music Player 
cari lagu tu yeahhhh mmg ada terus aku dengar and 
hayati lagu tu mmg tersentuh sgt and aku terus google lagu ni 
sebab lagu ni mesti ada kisah dye tercipta.
(.yang ni prgai aku yang perlu orang skliling tau pasal aku. aku akn 
stalker bde tu smpai aku puas hati kenapa bde tu tercipta? sjarah dye mcm ne? and bla bla bal.)
sebelum tu smbang2 lah kisah ni kat dinie..
alamak pisyang dye pun tak tau, boleh pulak dye 
cakap lagu tu macam memuja , kambing gurun 
betul lah adik aku sorang ni ada pulak dye kata memuja 
haishhh sabo aje aku dgar , nasib baik dye nnyi sedap hihihi

sejak dua menjak kenal Fynn Jamal ni Aku salah 
sorang insan di antara belas juta yang jadi stalker 
tegar pada instagram dye dan semestinya ada yang 
tau dan menyaksikan sendiri rentetan kronologi 
Fynn Jamal sekeluarga bertiga and sejak mendengar 
lagu dari fynn jamal juga ia itu - Arjuna Beta aku terus 
teruja untuk lebih tahu tentang siapa dia 
Bakti Arjuna Fitri di dalam klip video Arjuna
 Beta. Apa yang aku pasti, disebabkan rasa ingin
 tahu itulah aku dengan tanpa rasa was-was 
nya terus google BAKTI ARJUNA FITRI ( JUNA ) 

Ringkasan cerita di salah satu kawan blogger 

Arjuna Bakti Fitri anak kepada Fynn Jamal, 
aku taknak tambah 'angkat' sebab aku rasa tak selayaknya untuk Arjuna,
 kasih sayang Fynn Jamal and Tri melebihi segalanya maka gugur 'angkat' itu. 
Alkisahnya bila Arjuna muncul dalam hidup Fynn Jamal, 
Arjuna berkulit gelap, sebab kasihnya pada arjuna, 
fynn jamal tak mempersoalkan warna kulit Fynn Jamal, 
disaat itu, hanya tidak sabar diluah rasa cinta dan sayang. 
tapi bila bibir mula berubah warna, Fynn jamal dan Tri bawa  
Arjuna ke hospital dan rupa-rupanya Arjuna sakit. 
Jantung Arjuna belum membengkak tapi perlukan pembedahan segera, 
mujur ada doktor Lim yang sudi menolong tapi tarikh yang 
sesuai untuk membuat pembedahan adalah keesokan harinya. 
Bila ditanya oleh Doktor Lim, adakan wang mencukupi sebanyak RM35k,
 Fynn Jamal dan Tri tidak teragak-agak menjawab Ya 
kerana kasihnya pada Arjuna. Saat tu la, 
Fynn Jamal meminta pertolongan rakyat Malaysia 
menderma untuk kos perubatan Arjuna, masa tu Beautiful Nara, 
Rotikaya dan sosial media buat hebahan kepada 
semua rakyat Malaysia. tak lupa juga bantuan dari Noh Hujan
 yang menggunakan akaun bank beliau 
untuk mengutip derma, ekoran akaun bank Fyn Jamal dipantau . 
dalam masa 24 jam, Fynn Jamal berjaya mengumpul 35 ooo untuk kos pembedahannya. aku terkilan sebab saat tu, aku tak tahu cerita ni, 
Alhamdulilah, rakyat malaysia prihatin.

Sekarang arjuna dah sihat, gelak2, main-main, 
dan aku percaya ramai yang sayangkan Arjuna. :)

nak tau siapa si comel tuu??












"Juna, besar nanti jadi orang yang baik tau!"

Fynn Jamal juga sorang penulis buku
dan
Antara tulisan fynn Jamal yang aku tau
"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.
Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.
InsyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.

1) Demi mahukan zuriat. 
Rabbi laa tazarni fardan, wa antal khairul waarithiin.Tuhanku, 
janganlah dibiarkan aku ini berseorangan, 
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.
Wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda Juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.

2) Demi mempermudah segala masalah.
Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair.
Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, 
Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.
Gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. 
Sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari Tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.

3) Demi rezeki yang cukup asal cukup.
Wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja. Wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.Wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu. Innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
Dan sesiapa bertakwa kepada Allah-- 
diadakan Allah jalan keluar. Dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2. 
Dan sesiapa berserah sehabis2nya pada Allah-- 
padanya dibagi kecukupan. Sesungguhnya telah diadakan ketentuan
pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.
Amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- 
Rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup--
 rasa malu untuk terlalu mahu. Kerana apa perlu semua itu, bila telah ada Tuhan di setiap jalan engkau itu. 

4) Demi meminta pertolongan.
Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'aininWahai Tuhan Yang Maha Hidup, 
Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami,
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, 
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- 
walau dalam sekelip mata cuma.
Ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari Ustaz Kazim Al-Hafiz. Dia ceritakan Rasulullah melihat Fatimah hidup dalam keadaan susah, 
dan dipesannya supaya Fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. 
Bila baginda datang sekali lagi, dia dapati Fatimah masih dalam keadaan sama. 
Rasulullah terus menegur Fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".
Buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
Moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
Moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.

Pesan aku--
Tuhan itu Ada.
Percaya dan bukan sekadar kata.
Yakin.
Dia selalu ada untuk kita--
Tak kiralah buruk mana kita--
Tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk Tuhan kita.
Tuhan itu sifatnya ADA.
Hidup seorang perempuan kan, takkan lengkap selagi dia tak kandungkan anak dari rahimnya sendiri. Seperti kata fynn Jamal
"Ketakutan yang paling besar bagi seorang perempuan bukanlah kesakitan untuk melahirkan anak, tetapi ketakutan untuk tidak dapat merasa untuk melahirkan anak." =(

Okay, rasanya dah panjang kot aku cerita pasal fynn Jamal ni..hehe...
jom lah balik, anak2 buah aku dah menunggu kepulangan aunty dye ni hihi.. ;-)

*Langsung BUKAN orang alim. Cuma banyak bercakap tentang baiknya Tuhan.



nak tau lebih lanjut tentang Fynn Jamal atau  Bakti Arjuna Fitri??
boleh lah datang ke
V
V


Arjuna Beta (Lyrics) - Fynn Jamal**Arjuna Beta**

sekadar pkongsian dan renungan bersama :')



You Might Also Like

0 komen budak comel

Like us on Facebook