TRAGEDI KAPAL TERBANG FLYING TIGER FLIGHT 66 PUCHONG - 1989

27 October


JOM BACA SEJARAH

Ramai di antara rakyat Malaysia terutama mereka yang terdiri daripada kategori Gen-Y tidak mengetahui tentang nahas kapal terbang kargo Flying Tiger Flight 66 yang terhempas di Puchong, Selangor pada 19 Februari 1989. Di sebalik kepesatan Puchong membangun sebagai sebuah metropolis, tersimpan satu sejarah hitam yang tidak diketahui generasi kini. 


Pesawat malang tersebut dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang daripada Changi, Singapura. Dikatakan pesawat kargo ini membawa barangan tekstil, komputer dan surat-surat. Punca kepada nahas ini adalah disebabkan 'miscommunication' antara menara pemantau Subang dan juruterbang. Semakin menghampiri Subang, pengawal trafik udara berkata "descend two four zero zero" atau turun ke paras ketinggian 2400 kaki. Tetapi malangnya juruterbang memahaminya sebagai "descend to four zero zero" atau turun ke paras ketinggian 400 kaki. Akibatnya pesawat berkenaan turun terlalu rendah dan kemudiannya terhempas menghentam sebuah bukit di Puchong.



Antara pasukan penyelamat pertama yang sampai ke tempat kejadian adalah anggota-anggota TUDM daripada Kem Kinrara. Aku berpeluang berjumpa dengan salah seorang anggota yang bertugas pada hari tersebut (yang kini telah bersara dan balik kampung di Jitra, Kedah)dan telah memberitahu aku lokasi sebenar nahas tersebut. Disebabkan ramai ahli CG duduk kat area Puchong, aku rasa baiklah lokasi tersebut secara tepat tidak diberitahu. Cuma yang aku boleh cakap, sampai sekarang tempat tuh pokok tak hidup dan boleh nampak tebing bukit tu gondol sikit berbanding kawasan sekeliling yang menghijau.





- aku baru tau - 
C&P

You Might Also Like

0 komen budak comel

Like us on Facebook